Winning is finishing...

Kite suker dgn lagu Miley Cyrus, The Climb. kite bukanlah peminat lagu2nya dan orangnya. tapi lagu ni lain sikit. lebih bermakna.



videoclip ni dari The Hannah Montana Movie. hehe.. you guessed it, I watched the movie. hah, ni kes tgh boring2 then takde movie best2 yang lain, so picked this one. i dont fancy the movie. pokok ceritanya taklah serious/substantial mana kot. but when it reached the scene above, i found myself concentrating on the song lyrics. relating it and reflecting upon it. yup, it was meaningful! touching too.

afterwards, kite teringat satu quote yang kite pernah cari dulu. bits and pieces. ape lagi, kite pon carilah kat notebook2 lama.. Yes! jumpa jugak akhirnya. di sini, kite nak kongsi dengan korang kata2 Joe Henderson. (tak ingat dari mana kite dapat ayat2 ni.)

Winning is finishing the distance you set for yourself, however humble it might be. Speed is a gift your parents either gave you or couldn't give you. You had little to say about it, so the time you take to run your distance doesn't say much about your spirit. But endurance and persistence are qualities that are largely trained and learned. Finishing is a victory of strong spirit over weak flesh.


dalam lagu The Climb, it's about going up. vertical. quote ni plak, gives me the impression of running. horizontal. (Joe Henderson ni seorang pelari kot?) haha.. ni tak penting lah sgt. apa yang penting, mesejnya sama :) serasi jugak lagu dengan kata2 nasihat ni. iya.. dua2 sebagai satu ucapan perangsang untuk kite. dan awak juga! ^__^
gembira bila dapat baca blog kawan2 dan kenalan2.. rase dah lama terperuk dlm kehidupan sendiri. siang hari, tak ade leisure time nak jenguk banyak2 blog. malam hari, malas benar nak mengadap komputer meskipun sebentar.

hmm.. tapi macam ade perasaan lain gitu bila baca blog mereka.. sedih? terharu? .. atau, rindu untuk bertanya khabar dan bertemu empat mata dgn mereka? atau, terkilan sebab kesibukan (tapi tak lah sibuk sgt pon) menjauhkan diri ni dari kawan2, membataskan kebebasan dan tenaga untuk ke sana ke mari..? atau, cemburu melihat hidup mereka seakan2 lebih seronok dan lebih bermakna?..

hmm.. macam2 benda kite nak cerita, nak luahkan.. tapi.. mm.. cari alasan ke? .. bukan sahaja di blog, emel pon dah liat nak dikarang mahupun dibaca, difahami dan diikuti.

ape nak jadi ye?

kadang2, rase kehidupan ni lamaaaa sgt. belom pon masuk dekad ke-2. tapi terasa yang diri ni dah tua. penat dgn kehidupan. tapi, perasaan sebegini tak lah selalu dlm kepala dan hati kite. alhamdulillah atas ape yang telah diberi. pikir2 balik, aturan Allah ni.. cantik! (sebagai contoh, bila kite teringatkan mase kite pergi interview untuk attachment tahun lepas.) hmm.. kite selalu teringat karakter Fahri membuat life plannya. kita perlu ada matlamat, ye tak? ape yang ingin dilakukan, ape yang ingin dicapai.. yup yup, kite pon ade buat. tak lah complete mana. buat masa ni, cukup untuk memberi motivasi kat diri kite ni untuk lihat ke hadapan. sebab sebenarnya, kita kadang2 tak nak lihat. takut dgn sesuatu yang tak pasti kot.

cakap tentang plan ni, moga dipermudahkan. sebab boleh jadi pendirian kita goyah bila ada sesuatu yang timbul yang berpotensi mengubah hala tuju kita. boleh jadi kita panik sebab tak sure nak stick to the course, atau nak mempertimbangkan sesuatu yang baru tu. boleh jadi ade sesuatu timbul.. dan sesuatu tu adelah benda yang kite naaaakkk sgt, atau rase 'bestnyerrrr'.. tapi, kita tak tahu ianya baik untuk kita atau tak. Rabbi yassir. sebab kita tak tahu cabaran2 ape menanti kita.

tapikan, kite takutlah. kite takut kite tak kotakan ape yang kite dah tulis. mungkir janji kat bukan orang lain, tapi empunya diri! kan zalim namanya tu?

semenjak dua menjak ni, hati tak tenang sangat. fikirkan keadaan sekarang. keadaan masa depan. cube untuk muhasabah.. lebih2 lagi ttg tahap spiritual diri.

kata2 sahabat dlm blognya terngiang2 kat kepala.. lebih kurang begini: 'memilih jalan ini bermakna memilih untuk ditarbiyah'.. kadang2 kite ulang kata2 ni kat diri kite sendiri.. seolah2 nak mencari pengertian. seolah2 nak memujuk hati ni. nak memberi sedikit kekuatan. pertanyaan kat benak ni sama dgn sahabat.. 'bersediakah aku? mampukah?'

ntahlah..

kite masih lagi mencari.