am happy for them =)

RAIH DIPLOMA: Cik Faridah (kanan) dan Cik Salbiah antara kohort pertama 24 guru dari enam madrasah sepenuh masa yang menerima diploma dari NIE semalam. -- Foto TAUFIK A. KADER


Mudah cetak
E-mel

14 Jan 2010

SINGAPURA

24 guru madrasah terima diploma pendidikan

Usaha guru Bahasa Arab kembali ke bilik darjah selepas 25 tahun tinggalkan bangku sekolah berbaloi

Oleh
Azahar Mohd
TUNTUTLAH ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad.

Dengan semangat kental, keazaman yang tinggi dan hasrat yang kuat untuk menjadi guru yang lebih berkesan, Cik Faridah Ali, guru Bahasa Arab di Madrasah Wak Tanjong, kembali ke bilik darjah walaupun telah meninggalkan bangku sekolah lebih 25 tahun.

Jerih payah dan kerja kerasnya berbaloi.

Cik Faridah, 50 tahun, adalah antara kohort pertama 24 guru daripada enam madrasah sepenuh masa yang menerima Diploma Program Pembelajaran dan Pengajaran daripada Institut Pendidikan Nasional (NIE) dalam satu majlis ringkas di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Braddell Road, semalam.

Beliau menerima diploma itu daripada Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.

Turut hadir ialah Presiden Muis, Haji Mohd Alami Musa.

'Diploma ini sememangnya membawa kelegaan yang tidak terhingga selepas saya menempuh pelbagai cubaan dan dugaan, lebih-lebih lagi setelah begitu lama menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar dalam 1982,' ujar ibu seorang anak itu.

Beliau diberi penghormatan memberi ucapan perpisahan dalam majlis tersebut.

Sementara itu dalam ucapannya, Haji Mohd Alami berkata lebih 90 peratus daripada sekitar 270 guru madrasah akan mempunyai kelayakan profesional menjelang akhir tahun ini.

Kesemua guru madrasah dijangka mempunyai kelayakan profesional menjelang tahun depan - memaparkan betapa serius usaha menyuntik profesionalisme dalam sistem pendidikan madrasah di sini.

Sejak 2003, Muis membelanjakan $2.5 juta bagi pelbagai latihan untuk guru madrasah.

Antaranya ialah menghantar empat guru madrasah mengikuti program diploma dalam bidang Kaunseling di Politeknik Nanyang.

Guru madrasah yang muncul sebagai pelajar terbaik dalam program diploma kelolaan NIE itu ialah Cik Salbiah Zainal, 42 tahun, guru Madrasah Alsagoff.

Cik Salbiah, ibu empat anak yang berusia antara lima dengan 12 tahun, berkata antara masalah yang paling mencabar ialah mengimbangi tuntutan keluarga dengan mengetepikan masa untuk mengulang kaji pelajaran.

'Saya berharap kemahiran yang saya timba ini dapat membantu saya mendidik pelajar madrasah supaya mereka setanding atau lebih baik berbanding pelajar di sekolah akademik,' tambah beliau yang juga lulusan Universiti Malaya