"Kenangilah akhawat-akhawat kita yang telah berusaha untuk menjadikan
ahlulquranPTS sebagai tempat untuk memujahadahkan diri. Kenangilah usaha
Halimah, Liyana, Mardhiya, dan ustazah Mariam (dan juga mereka-mereka yang tidak ana sebutkan namanya di sini) yang mana mereka adalah insan yang telah banyak berkorban untuk AhlulquranPTS."

tak, ustazah, ana tak banyak berkorban untuk ahlulquran..

ana gagal untuk infaqkan sebaiknya masa dan tenaga untuk ahlulquran..

ana rasa seperti seorang hipokrit bila membaca tulisan ustazah tu..

hati ni menangis, mengenangkan diri yang tak bersungguh-sungguh melaksanakan amanah..

tak, ana tak layak untuk disenaraikan bersama barisan akhawat yang telah lebih banyak berkorban, menyumbang, dan berusaha untuk menghidupkan ahlulquran..

dan ini bukan ungkapan yang mengikut emosi semata-mata..
"Orang yang ikhlas ialah orang yang menyembunyikan kebaikannya sebagaimana ia menyembunyikan kejahatannya."
sms from kak hafizah NI, 18 feb 2008

terima kasih kak..!

thinking of the meaning of it.. trying to reflect.

how i'd like to become like (just) that.

*************

a senior once said, "... tawadhu' tu kena tempat boleh?"

ok, saya paham yang ianya bukan satu statement serius.... was i hurt when i heard (or shall i say, saw it appear on the pc screen) that?

hmmm... im not sure. maybe not. how about now? not so sure, either.

im thinking now.. tawadhu' tu kena bertempat eh? tak boleh all the time? kan hati ni kena dijaga selalu. kalau boleh, tak nak bagi timbul ape2 perasaan mazmumah. awak ingat pujian tu tak berbekas dlm hati seseorang, walau pujian tu sepintas lalu? ikhlas, tak ikhlas, si penerima telah pun mendengarnya. and awak ingat ape? senang nk imbangi the thin line between jadi rendah diri dgn bangga diri? awak pikir senang ke nak mujahadah? hati manusia ni sensitif.

hmmmm... that senior also said, "shuttup la liyana.."

saya tahu ianya satu gurauan. tapi terperanjat jugak sebab dengan selamba dia boleh kata gitu. hmmm... alangkah baiknya jika dia dapat memperbaiki lagi cara mu'amalahnya dengan perempuan, baik face-to-face atau chat atau sebagainya.

**************

saya nak jadi tawadhu' tak kira masa tak kira tempat, boleh tak?
saya nak jadi ikhlas, boleh tak?
klw saya nak sembunyikan kebaikan saya, awak boleh tolong jangan heboh2kan?
klw saya cakap, "oh.. i didnt do much.." boleh tak awak berikan respon yang dapat membina jiwa muslim, dapat membantu saya bentuk peribadi muslim (for example, encourage me to be tawadhu' consistently, or a reminder about sifat tawadhu', jadi saya semakin suka nak merendah diri)?
hmmm... saya pon nak jadi seorang yang zuhud 'aniddunya, boleh tak?

susah kan?

hmmmm... kena mujahadah ni..

lagi satu, "merendah diri" kat sini bukanlah bermaksud 'tunduk kepala.. tak nak cakap dgn orang.. tak voice out opinion.. segan2 nak contribute.. and whatnot'.. awak semua terpelajar kan? jadi, saya harap awak faham konsep tawadhu'/rendah diri yang saya tulis kat sini.

sekian, terima kasih =)

not in the pattern team, ey..

"Erm.. No.. Dis yr our batch only me, janice n yanning going for pattern team.."

"Okay. So, no reserve member?"

"Nope.. Coz the other focusing on sparring.. Yup.. N u haf missed training for too long oredi.."

"Yup.. I agree to that. Thanks for telling me, ------. And im glad that i asked, coz if not, i may not have taken é hint n may be in the dark all é time. I truly appreciate ur honesty. All é best to you girls! Make us proud yea! =)"

"Okie.. Thanks a lot.. Sry to keep you waiting.. N all the best for your sparring too."


~~~~ ~~~~ ~~~~

on a more positive note, you may want to check these videos out. some impressive taekwondo moves.. *make me wish i can do that!*

taekwondo KO


taekwondo best knockouts *main kepala ke per*


taekwondo super kick vol. 1 *it's all about stamina and speed~*


taekwondo super kick vol. 2 *it's about instinct and agility, people!*


definition: inside look - taekwondo WTF world championship #1 *perasan ada muslimah pakai tudung tak? fuyo~ salute! salute! oh.. ade budak2 jugak. they do pattern ah.. takkan nak lawan kot.*


definition: inside look - taekwondo WTF world championship #2 *this is for those of you who want to know how the sparring competition works*


click here to watch 2006 world poosae (pattern) competition female 14-18yrs old individual bronze, silver n gold medallists.

click here for another pattern competition, female, group category. i like the 2nd pattern from the gold medallists.

hmmm...

ayah tak izinkan gi usrah esok. sebabnya: it's at night. 'nanti liyana balik pukul 11 malam..'

bila tanya ayah tu, i said, 'klw tak boleh, ayah cakap je.' sebab ayah ni suka cakap panjang2 dulu.. tak straight to the point.. tapi selalunya, dari body language dan cakapnya yang panjang tu, boleh diketahui samada ayah redha ke tak. and i usually say, 'klw ayah tak kasi/klw tak boleh, pon takpe'.

i mentioned, 'tajuknya: understanding the mind of terrorists' and beri detailnye sekali: kat rumah bro ishak from NYPMS, kat hougang, dekat dgn masjid Istiqamah, anjuran Nur Ikhwan, selalunya usrah dgn sisters je, tapi this time mixed..

ok, so, when i got the red light, i added, 'sebenarnya ade dua event, tapi liyana tanye satu je.' then i told him about Sapphite. 'Sapphite tu Saff Appreciation Tea untuk Saff volunteers' and i gave the detail.

'tu ok.. sebab siang..... balik siang-sianglah..'

alhamdulillah~ ^_^

sebenarnya, i prefer going to usrah dari appreciation tea tu. lebih bermanfaat ye tak? plus, siang-siang me dah imbang2kan untuk tak gi event tu. mcm tak layak plak nak gi. tak kenal sgt most of the people there nanti..

tapi, takpe. pastinya ada sesuatu yang baik yang boleh me bawak balik, insha Allah~

clips from the kite runner

'For you a thousand times over!'



'The Kite Gift'


fyi: in the book, hassan got something else for his birthday, not a kite.


'There is a way to be good again.'



'I don't want to forget anymore.'


and sami yusuf's Supplication is the background music for the scene below. i was pleasantly suprised when i heard it, coz it is like a sort of international recognition.. plus, the lyrics are meaningful, fit into the scene nicely.. i hope at least someone out there will be touched by them.

Oxford, oh~ Oxford!

Assalamualaikum wbt,

Saya berasal dari Kuala Lumpur, sekarang mengaji di University of Oxford dalam bidang Perundangan, insya-Allah tamat pengajian Jun 2009. Sebelum ini, saya berjuang bersama-sama Shafie, Izwan, Faris, dan lain-lain di Kolej Yayasan UEM, dua tahun yang penuh nikmat dan pengajarannya.



Mitos
Oxford memang banyak mitosnya, dan salah satu mitos yang perlu dihapuskan serta-merta ialah tanggapan bahawa lebih susah untuk mendapat tempat di Oxford berbanding dengan Cambridge. Sama sahaja sebenarnya – masalahnya, oleh sebab jauh lebih ramai pelajar memilih untuk memohon tempat di Cambridge, maka tak hairanlah terdapatnya lebih ramai pelajar Malaysia di Cambridge berbanding dengan Oxford! Kalau dah berazam nak datang, jangan hiraukan statistiknya – pohon sahaja, dan tawakal kepada Allah.

Sistem Pengajian
Dari segi pembelajaran, semestinya Oxford memberikan suasana dan taraf pembelajaran yang memang susah untuk ditandingi. Sebagai seorang pelajar perundangan di Oxford, setiap minggu, saya diberikan senarai kes-kes dan artikel untuk dibaca - amnya, setiap senarai akan mengambil masa lebih kurang 30 jam untuk dihabiskan. Kami cuba mengurangkan penggunaan buku teks, dan menggunakan bahan asal, iaitu kes dan jurnal, supaya kami tidak terlalu dipengaruhi oleh pendapat penulis-penulis buku teks, dan lebih bebas untuk membuat kesimpulan kami sendiri. Selepas habis membaca bahan untuk suatu minggu itu, dan betul-betul memahaminya, kami akan menulis karangan yang telah ditetapkan untuk minggu tersebut. Selalunya, karangan ini akan membolehkan kami menyuarakan pendapat dan kesimpulan kami sendiri tentang satu isu yang penting berkaitan topik yang dipelajari pada minggu itu.

Setiap minggu, akan ada perbincangan dengan guru – selalunya lebih kurang sejam, dan biasanya dengan seorang lagi pelajar, ataupun seorang diri dengan guru. Dalam perbincangan inilah idea-idea dan kesimpulan yang telah kami dapat setelah membaca bahan yang disarankan dapat disalurkan, dibahaskan, dan diuji keutuhannya, sehinggalah guru pasti bahawa kami telah betul-betul memahami topik untuk minggu tersebut. Memang menarik, memang seronok, dan amatlah memberangsangkan – selagi kami ada kes ataupun artikel dan hujah yang logik, walaupun guru mungkin tidak bersetuju dengan kesimpulan kami, tetapi masih lagi diterima – begitulah kebebasan yang diberi untuk berfikir. Inilah aspek yang paling menarik tentang pembelajaran di Oxford – kami dihumbankan ke dalam kegelapan, dan diberi pelita dalam bentuk pembacaan dan perbincangan mingguan, tetapi jalan yang akan kami ambil, dan destinasi yang akan kami sampai, bebas untuk kami carikan sendiri.

Islam di Oxford
Salah seorang ulama yang terulung di Oxford, Sheikh Afifi-al Akiti, pernah menyifatkan pengajian di Oxford sebagai meneruskan tradisi pengajian yang dipelopori oleh madrasah-madrasah Islam yang ulung pada zaman kegemilangan Islam. Bayangkan, dalam setiap satu daripada 39 kolej di Oxford, dikumpulkan sarjana-sarjana dari pelbagai bidang, dan pelajar yang datang untuk menuntut pelbagai bidang juga, dan dalam suasana ini, dibolehkan perbincangan, perdebatan, dan perkongsian antara manusia yang berbagai-bagai bidang dan pengalamannya – inilah keunikan Oxford, dan salah satu sebab utama untuk anda memilih untuk meneruskan pengajian di sini.



Oxford sememangnya diberikan baraqah dari Allah s.w.t., dengan adanya sarjana-sarjana Islam yang bersama menegakkan keilmuan Islam di Oxford Centre of Islamic Studies. Pada satu masa dahulu, pusat ini merupakan bumbung untuk Orientalis – sekarang, gedung ilmu yang merupakan nikmat Allah untuk setiap pelajar Muslim. Bayangkan, perpustakaannya yang penuh dengan karya-karya terulung sarjana-sarjana Islam, ahli-ahlinya sibuk mendalami karya-karya Ibnu Taymiyyah, al-Ghazali, dan ramai
lagi, dalam usaha membawa keilmuan Islam yang tiada bandingannya untuk dunia yang teramatlah memerlukannya, bangunan baru yang tersergam indah, dengan masjid yang akan melaungkan azan merentas menara-menara Oxford buat pertama kalinya, insya-Allah, bermula awal 2008. Di sinilah menetapnya salah seorang ulama Malaysia yang paling berpotensi, seorang sarjana Islam yang penuh dengan ilmu dari zaman agung keilmuan Islam, yang dapat membawa tulisan Imam Syafie, Imam Nawawi, Al-Ghazali ke dalam kehidupan harian kita pada hari ini, dan mencari jawapan kepada persoalan-persoalan umat Islam pada hari ini tanpa meninggalkan ilmu yang telah dikumpulkan ulama-ulama sepanjang 1400 tahun perkembangan Islam – mahir dalam Bahasa Arab mahupun Latin, al-Ghazali mahupun Thomas Aquinas, seorang guru yang sentiasa tawaduk dan rendah diri, halus dan berbudi bahasa, bak kata pepatah, semakin berisi padi, semakin tunduknya ia.

Oxford University Islamic Society satu keluarga kedua – dari iftar setiap malam Ramadhan, ke solat Jumaat dan usrah setiap minggu, program-program untuk memperkenalkan Islam kepada sahabat-sahabat yang bukan Muslim, juga peringatan untuk mereka yang sudahpun Muslim. Oxford University Malaysia Club akan membantu dari hari pertama, satu jaringan pelajar baik-baik belaka, yang tidak pernah melepaskan kesempatan mengadakan majlis makan-makan, dan mengusahakan Malaysia Night setiap tahun. Abang-abang dan kakak-kakak pasca-ijazah, dengan tahlil dan tazkirah setiap tiga minggu, makanan Malaysia yang dapat mengurangkan sedikit rindu dan pilu, keluarga baru untuk bermesra dan bersalam-salaman pada Hari Raya di perantauan jauh, rumah terbuka untuk mengeratkan silaturrahim dan mengisi perut yang teringin makanan dari bumi sendiri. Dari segi masyarakat Malaysia dan Islam, janganlah risau buat sesaat pun.



Masa Lapang
Di luar masa akademik, memang tak akan habis pilihannya. Mungkin bekerja, tiga jam seminggu, menyediakan makanan untuk insan-insan yang tidak berumah? Mungkin berdiri, dua jam seminggu, di jalan yang paling sibuk di Oxford, berkempen untuk rakyat Palestin yang menderita? Mungkin memegang secawan teh setiap minggu, membincangkan diri, dunia, dan kehidupan di pejabat Oxford Muse? Menghadiri syarahan-syarahan perdana yang tidak pernah terhenti – pakar ekonomi, pakar perundangan, ahli politik, saintis-saintis, ulama dan sarjana – asalkan mencari, pasti dijumpa. Mengajar Bahasa Inggeris kepada anak pelarian dari negara yang menderita? Bermain badminton, skuasy, bola sepak, atau mungkin mengayuh? Asalkan ada kemahuan, di Oxford, pasti ada jalannya.

Bandar
Bandarnya teramatlah cantik – penuh dengan bangunan lama yang tersergam indah, diselitkan dengan taman-taman yang sentiasa membawa ucapan Subhanallah! ke lidah yang kagum dengan kebesaran ciptaan Allah s.w.t. Makanan halal tak perlu dirisaukan –
Nando’s yang halal, KFC yang halal, restoran-restoran India, empat kedai sandwic yang halal, kedai kebab setiap 500 m, restoran Itali yang halal pun ada! Dan kalau nak jimat, makanlah makanan vegetarian yang dihidangkan dalam kolej, ataupun masak sendiri pun boleh – lima penjual daging halal berniaga di Oxford, semuanya di jalan yang sama.

Saya rasa itulah, sedikit-sebanyak, yang boleh saya kongsi tentang Oxford University. Untuk seorang pelajar Muslim, saya rasa memang selesa dan betul-betul sesuai, jika hendak mengaji di sini. Jangan pedulikan mitos, jangan pedulikan suara-suara yang mengatakan bahawa untuk anda masuk Oxford itu mustahil – jika teringin mencuba, kuatkan azam, dapatkan ‘straight A’s’, sediakan diri untuk temuduga, dan berdoalah kepada Allah s.w.t., jika ditakdirkan anda sampai ke ‘the city of dreaming spires’, saya mengalu-alukan kedatangan anda. Kalau nak tahu lebih banyak tentang proses permohonan, kolej mana nak dipilih, dan hal-hal praktikal sedemikian, silalah hubungi saya.


Jika ada sebarang persoalan, hubungilah saya:

hizami.mohdiskandar@magd.ox.ac.uk

Insya-Allah, kita akan bertemu, pada satu masa dan tempat yang dipilih Allah s.w.t.

Wassalam,
Hizami

diambil dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=634


hmm.... nak gi Oxford.. nak gi sangat..! tapi, saye bukan A student, apatahlagi straight A student.. :'( macam mane eh? ade harapan ke..? macam takde gitu.. perbelanjaannye pon, saye tak mampu.. alahai.. sedihnye saye pikirkan perkare ni..

restless

im restless because exams are looming nearer. TWO MORE WEEKS, my dear!

and also because i messed up few quizzes, a presentation, and my image as a student (remember ddct?)

and also because im having mixed feelings about going to tkd trainings. and this time, it's more prone to not going to training anymore.

let's see.. positive matters and happy news that i'd like to share with you:

1. went to kak hidayati n bro rizal's nikah ceremony at ba'alwie mosque last saturday. suker!!

btw, i think masjid ba'alwie is not so accessible. nasih baik gue follow my guts to alight from the bus. right at the last minute, tau! klw tidak.. haiz.. tak tahu lah berapa jauh the next bustop is! and i wonder if it has a place for muslimah yang ma'zurah to sit eh? i didnt know where to sit, so i sat at the edge of the muslimah praying corner, right at its entrance. and most of the time, i stood. hmm.. ape hukumnye eh? i know kalau lintas je boleh. tapi klw stood for more than 30 minutes (coz i wanted to watch the akad, and take pictures of the bride and groom)..?

ooohhh... and another thing i'd like to admit: i actually thought bro rizal dah kahwin. oopppss! betul.. mati2 ingatkan dia dah kahwin, and dah ade anak. huhu.. kak hidayati, if you ever read this post.. afwan sgt2! jgn ambil hati ye? i think i got the impression when i attended a particular meeting at saff centre. bro rizal was there, bro hafiz, bro mohksin, kak hidayati and kak aishah were there.. yup, could've been a vmd meet. waduh~ rasa bersalah sey.. =(

and... kak hidayati looked beautiful!! i think the make-up is nice (sorry for the lack of a better word).. i mean, it's not the mak-andam type. paham tak? plus, i dont usually comment on people's make-up ok? so, i really mean what i said.

2. im now taking arabic class.. with ustaz iskandar.. haa.. klw yang belajar kat wehdah dulu tahu lah siape dia.. or yang belajar kat tampines north cc. it feels really good to be learning arabic again - an arabic book, or sheet, in front of you, and you are busy putting the 'syakl' and scribbling the meaning of the words.

semalam, i went to masjid raudhah with kak aminah (from nypms). dia ajak gi kelas 'cara solat rasulullah s.a.w.' by ustaz hamzah jumat. gunekan buku 'sifatu solatinnabi' karangan syeikh nasiruddin albani.

bila masuk kelas tu, my eyes quickly laid upon few makciks yang pakai niqab (dalam hati: waahh~). that aside, the class is in english. bukan sahaja bapa2, pakcik2, abang2, makcik2 melayu yang ada, tetapi juga indians. klw chinese or caucasian or eurasian, takde kot.

and what i learnt from yesterday's class was that there are 6 ways of reciting tasyahhud.

3. semalam jugak, kakak datang rumah.. kakak nak tgk my tkd pics. fuyo, segan sey.. sebab i dont have a lot of pictures and takde apa yang nak ditunjuk pon. plus, bukannya me bagus sgt (though i didnt say it out loud). at last, tunjuk video pattern yang bersejarah tu (sebab mak dah mention that i have a video). embarrassed sey! kakak kata, liyana ni sajak jadi ustazah ke.. pensyarah ke.. hehe.. tergelak jugak bila kakak cakap camtu.. adelah lagi comment2 dia. ape-ape je lah, kakak ni! ditambah pula dgn komen ayah dgn mak. haiz~ padahal sebenarnya, takde ape yang perlu dibesar2kan.

4. im currently reading the kite runner. watched the movie already, online. mengusik jiwa, movie tu! of friendship, betrayal, undying loyalty.. of potrayal of the life in afghanistan. i watched with an objective mind ah.. regarding the potrayal of taliban and such. coz to me, these are just snippets of how afghanistan is, and how it was. it may not be entirely accurate, but definitely not a lie, but i accept it as something that could have been, and is, happening.

for you a thousand times over.. kecewa jugak coz character hassan takde mase dewasa.. cerita ni diceritakan seolah2 ianya kejadian sebenar.. and if the adult hassan was alive, and that he and amir were reunited at last, i would have cried!! letter yang hassan hantar kat amir pon mengharukan.

ok, friends! i strongly recommend you to read and watch the kite runner.

and yes, i find the visual representation of the book satisfying. worth it.




*inhale.. exhale..* looking forward to the chinese new year holiday~