Saya mahu sematkan kata-kata ini

Aras tertinggi dalam persahabatan adalah Itsar - melebihkan sahabat daripada diri sendiri. Aras paling rendah pula adalah bersangka baik dan berlapang dada. Andai tiada sangka baik, maka akan musnahlah hubungan persahabatan itu.


mukasurat 231, "Sinergi", oleh Hilal Asyraf, terbitan Galeri Ilmu.
Terasa dekat, kematian itu.

Baru dapat berita daripada mak - sepupu mak, yang lebih muda darinya, meninggal dunia; pukul 10 lebih malam tadi. terjatuh semasa berada di dalam tandas.

Rasa bersalah kalau diri ni rasa gembira, rasa mahu ketawa. sekarang bukan masanya!

Teringat Januari.. nenek Hasnah meninggal dunia. Teringat Januari tahun lalu.. nenek Fatimah meninggal dunia.

Mak terkesima. Liyana pun.

Memang Allah ambil balik nyawa bila2 sahaja.