tak dapat dibayangkan betapa gembiranya aku dapat bertemu kembali dengan rakan2 seperjuangan. aku cukup terharu. rasa gembira bercampur sedih dan bersyukur silih berganti.. at several points, airmataku bergenang.. ku cuba sedaya upaya untuk membendung perasaan yang kadang2 terlalu overwhelming..
ahh.. aku dapat menarik nafas lega.
Terima kasih, Tuhan.. kerana memberiku umur yang panjang, kesihatan dan waktu untuk bersama mereka di bulan yang mulia ini. meski aku tidak dapat berinteraksi dengan mereka dengan sepuas2nya.. aku tetap bersyukur di atas ni'matMu ini..
meski seorang kawanku tidak dapat datang, lantas aku berasa sedih sekali kerana kami berdua masih diuji dengan perpisahan.. aku tabah, Ya Allah... jika ada rezeki, kita pasti bertemu, sahabat..
19.10.2007
di bawah ada beberapa gambar yang dapat aku petik sewaktu jalan raya kami ^.^ sebenarnya, ada banyak lagi.. tapi yang lain tu, aku simpan dahulu.. bila aku sudah dapat gambar2 lagi daripada kawan2ku, aku akan kumpulkan dalam satu online album.. selepas tu, baru aku letak linknya di sini.
wah... dah besar satu2 kawan aku nih! aszafirah, kamaliah, mardhiah, kak hairani dan kak ummu.. masing2 kelihatan lebih matang.. ada juga yang cukup bergaya! hehe..
"awak nak buktikan kat saya kan.."
masya Allah.. tersentak aku bila mendengar ust mengungkapkan kata2 itu sewaktu bersalaman dengannya. terus aku menjadi sensitif.. aku hampir2 menitiskan airmata. Ya Tuhan.. terima kasih di atas peringatan ini.. ya, aku terlupa, bahawa aku telah menulis kata2 janji kepada guruku di dalam sebuah kad dulu.. hmm.. kad apa ya? kalau tak silap aku.. kad hari guru..
rasa terharu bersulam dengan rasa berat di hati.. terasa seolah2 aku tidak mampu untuk mengotakan janjiku.. Ya Tuhan.. berikanlah aku kekuatan untuk memikul amanah ini.. harapan guru2 serta ibubapaku..
huhu... kamaliah maintain muka ke pe...? =p it's great to see aszafirah, kamaliah and khadijah.. buat mel and dja, ana doakan persahabatan korang kukuh... moga takkan ada perang besar antara korang lagi. tapi yang pastinya, permusuhan yang dahulu kini berubah menjadi satu ikatan yang erat. alhamdulillah~ to me, that's one amazing miracle! Indahnya aturan Allah..!
kak hairani, murni, 'adilah, kak ummu dan nafisah.
Murni, pengorbanan anti takkan sia-sia, insha Allah..
Tuhan, berikanlah kelapangan kepada rakanku itu.. kurniakanlah rezekiMu pada keluarganya.. amiin~
naqi muzaffar. 2 tahun. adik murni. aku suka mendengar suaranya.. comel! and he was a good boy the whole dayy..! ohh.. aku mendukungnya dari traffic light sampai rumah ust suhana. fuh~ berat..!! bila tengah solat tu, rasa sangat yang pergerakan lenganku dah jadi slowww.. must be the muscles. heh.
bersama ust saniah
bersama ust damawiyah
murni, nafisah, 'adilah dan kak ummu
di rumah ust kamsinah.. nak dekat pukul 11 malam - walau penat, masing2 masih mengukir senyuman..
cuma,
buat seorang sahabatku: anti, ana faham yang anti dah penat, lantas tak sabar2 menunggu sesi 'fotografi' selesai. tapi, ana tak suka bila anti merungut tentang 'inefficiency' pemetik gambar tu.. anti kawan ana, and i care for you, my dear friend.. besar harapan ana untuk melihat anti bukan sahaja lebih baik dari segi penampilan, tapi juga akhlak. bila anti merungut sebegitu, ana terkejut sedikit.. coz that part of you is still there.
walau apa pun, ana tetap doakan yang terbaik buat anti =)
dear 'adilah, aszafirah, kak hairani, hazimah, kamaliah, khadijah, liyana, mardhiah, murni, nafisah, kak ummu...
thank you for the company.
kepada teman2 yang masih belum ku jumpa dan bertanya khabar,
im waiting for that day to arrive, let's wait together k? moga dipanjangkan umur.. and i want you guys to know that i'm missing you.. :'(
0 comments:
Post a Comment