Gambar di atas dipetik pada Hari Raya Haji tahun lepas. Kami, iaitu abang, mak, Aqila dan kite, solat raya di Masjid Pertempatan Melayu Sembawang. First time! Suka sangat dengan suasananya.

Ramai betul jemaah. Kite tak boleh solat, jadi kite duduk dekat tempat sukarelawan wanita menyediakan juadah. Usai khutbah, para jemaah dijamu dengan kari kambing cecah dengan roti perancis. Ooomph!



Selepas makan, senyum lebar lah kita semua. ^_^

Pada Hari Raya Haji tahun ini pula.. abang dan kite je yang pergi solat raya. Di masjid yang sama. Mak di Malaysia, Aqila di Mesir. Suami di Indonesia. Kena juga waktu kite tak boleh solat, jadi kite duduklah di kawasan yang sama. Kali ini, kite dapat bantu sikit-sikit untuk menyusun kotak-kotak air dan meletak roti perancis di atas pinggan.

Di sebelah tengahari, ikut abang dan kak maya ke rumah ibu Asri. Agar-agar cokolat yang ibu buat sangatlah sedap! Dapat tutorial ringkas dari Farah tentang bagaimana memakai shawl juga! Cukup teruja! Hehehe.. semua yang ada di situ kata cantik. "Pakai lah!" Waduuuhh.. terharu campur segan dengan pujian mereka tetapi cemas dengan galakan mereka! Sebab cantik lah kite tak nak pakai. Memadailah dengan style kite yang sekarang ini. Suami pun suka. Kite ingatkan diri kite sebab utama kite bertudung. Tak nak lah dipandang orang, dipuji orang. Hati kite mudah jadi bengkak, kepala kite mudah jadi besar, jadi kite cuba jauhkan diri. Kalau nak pakai shawl, untuk suami tengok je! (walaupun, bila fikir balik, buat apa nak pakai shawl di rumah, eh? hehe)

Kemudian kite berpisah dengan abang dan kak maya. Mengatur langkah ke rumah makcik suami. Semua keluarga terdekatnya berkumpul di situ. Meskipun suami tiada di sisi, tak rasa kekok. Mungkin kerana diri sudah biasa pergi ke sana ke sini sendirian sebelum berkahwin. Cuma perlu siapkan jawapan standard bila ditanya, "suami mana?" dan "kenapa awak tak ikut?". Di rumah cik Isa pun begitu, beri jawapan yang sama setiap kali dilontar soalan cepumas dan layan je bila disakat =p

Balik dengan abang, kak maya dan kak linda. Sampai rumah hampir jam 12 tengah malam. Penaaat (dan kenyang!).

Yang kite perasan di rumah mama dan rumah cik Isa, kebanyakkan lelaki mengenakan jubah dan kebanyakkan perempuan mengenakan jubah atau abaya hitam. Yang selalunya tidak memakai tudung, memakainya pada hari tu. Mungkin aura eidiladha tu sendiri yang membuat manusia mahu memakai pakaian yang lebih ringkas, sopan dan berkonsep Arab? :)



Alhamdulillah atas segalanya~


0 comments: