[afy_ittihad] Rohaniyyat: Tips Muhasabah Diri

an email from NI MATUL HAZIQAH

1.Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah.
Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat
di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini
tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan
berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi
amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan
kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan
dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan
sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni
bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang
yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang
ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat
marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat
disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah
manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba
itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu,
khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita,
apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya
tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan
menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas
membuat kebaikan.


a good one. think n observe, people!

0 comments: