kalau kau rasa kau penat, ada orang lagi penat dari kau, liyana!
kau tengok kak F tu, pengajian uni, apex, masjid, madrasah, tutoring.. dia lagi sibuk, lagi penat dari kau! kau buat apa? setakat seharian kerja kan? tak terlari sana, terlari sini.
kau tgk kawan kau, M, uni nya jauh, aktiviti belianya, madrasahnya, dan kem-kem yang dia rancang dan anjur. meeting sana, meeting sini.. dia lebih sibuk dari kau. meski memenatkan, masanya dihabiskan dengan benda-benda yang bermanfaat! liyana.. sebenarnya, kau punya lebih masa. siang hari, kau kerja, bukannya ada assignment mcm kat sekolah dulu. jadi gunakan masa yang kau ada ni untuk benda-benda yang bermakna. do something good, liyana! sebelum kau memasuki fasa seterusnya. bila kau masuk fasa tu nanti, masa akan jadi lebih sempit. kau tak tahu apa yang akan berlaku. jadi kau ada 'sekarang'. sekarang ni, kau nak buat apa?
aku kagum dengan kawan-kawan, lebih-lebih lagi yang masih belajar, yang luangkan masa dan tenaga untuk aktiviti-aktiviti luar. tapi, aku juga takut untuk mereka. aku risau tentang mereka. aku seperti mahu mengingatkan.. 'kawan, walau apa pun, belajar tu awla kan?'.. satu peringatan yang khasnya buat diri aku sendiri!
aku risau bila aku dengar, aku lihat, kawan-kawanku kepenatan, bercerita denganku tentang pelajarannya.. 'assignment banyak'.. 'argh, belom habis lagik'.. 'test!'.. 'itu.. ini..'.. aku risau tengok mereka risau. sebab aku takut pelajaran mereka terjejas. disebabkan penglibatan mereka dalam banyak aktiviti.
aku tahu, aku tak berhak nak larang mereka. aku tak berniat nak larang mereka. dan rasanya, nasihat 'manage your time well', 'balance k?' dah kerap didengar. tapi tu lah hakikatnya, kita MESTI TAHU bahagikan masa. sekali lagi, satu peringatan buat diriku terlebih dahulu.
aku tak nak sebab aktiviti kita, pelajaran kita sikit demi sikit terabai. aku tak nak ibadah kita terabai. aku tak nak tanggungjawab kita sebagai anak terabai. aku tak nak tanggungjawab kita sebagai ahli kumpulan terabai.
aku risau pisang akan berbuah dua kali bila aku masuk fasa seterusnya nanti. cukuplah aku mengalaminya masa tahun terakhir di politeknik.
i am worried for myself. i am worried for them.

dalam mrt tadi, bila ku dengar keluhannya, aku hanya mampu berdoa dalam hati..
rabbi yassir wa laa tu'assir alaiha..
rabbi yassir wa laa tu'assir alaiha..
daripada perbualanku dengannya (haa.. aku sengaja tanya itu, tanya ini..), aku dapat rasakan yang dia seseorang yang mahu dan suka membuat kebaikan. jadualnya sudah padat. dia nak buat, tapi takut tak mampu. amanah-amanah yang digalasnya sekarang pun, sudah cukup berat.
Mudahkanlah urusannya, ya Rabb, kerana ku yakin, dia punya kelebihan dan juga kesungguhan untuk memberi.


belajar tu awla, kan?

0 comments: