nak share je..

1.

yesterday (i.e. sunday) i went to Joo Chiat to find a book for my cousin. she just got married on saturday. so i thought this particular book would be nice for her. masuk ke Toko Warisan.. setiap shelf tu, aku tengok dari atas ke bawah. mane eh buku tu? nak tanya juru jual, alamak, mcm segan plak kat brother tu. jadi aku pun tanyalah pak cik yang pakai baju merah. 'Oh, awak tanya dia', referring to the brother ah.. (walaupon brother tu nampak agak berumur daripada aku, still segan ahh..) k, takpe. tanya je lah, buat muka selamba.

aku pun bersuara, 'hmm.. ada buku Aku Terima Nikahnya tak? karangan ustaz Hasrizal...'

terus lelaki kat depan aku toleh (masa tu dia tengah belek2 buku). fuh! tetiba aku rase malu! Ya Allah! kenapa orang ni pusing kat aku? pelik nah ke aku tanya tentang buku tu. aku rasa kan, orang tu pernah baca, paling tidak, pernah dengar tentang buku ni.. by the way, aku bukannya cakap kuat2 kat juru jual tu, ok? memang tempat tu dah kecil. aku cakap dengan nada biasa je (tak nak bisik2 kot? nanti orang suspek ape plak..). ish. malunya.

anyway, juru jual tu tanya aku balik, 'buku dari malaysia eh?...' 'ya saya' 'buku baru ke..?' 'eh, dah lama jugak' '...kejap eh..' aku rasa dia gi call kawan kerja ke, boss ke.. kemudian, dia beritahu aku buku tu takda. awww.... terus aku fikir, buku apa aku nak belikan untuk kak siti? (at the same time, conscious lah yang lelaki yang toleh tu masih ada kat spot yang sama. nak gi browse buku2 yang kat shelf dekat dia pun, tak jadi dibuatnya)

akhirnya, aku tak belikan cousinku apa2.. tapi beli buku untuk diri sendiri adalah! hehe.. nak katakan, tempting betul masuk kedai buku ni. kitab2 turath yang sudah diterjemahkan dalam bahasa melayu dah kat depan mata. berbolak-balik hati ni samada nak beli atau tak. kalau nak beli, nak beli yang mana satu. klw tak kitab2 turath pun, kitab2 yang judul dan topiknya menarik perhatian aku, ada a few jugak. hmm.. bukan apa, aku pun terfikir kalau aku boleh tanya kawan2 dan pinjam je dari mereka. hmm.. rupa2nya, aku belum bersedia nak invest dalam kitab2 'ilmiah ni. teringat perbualan 'adilah, ust sakinah dan kak mariam tentang ma'radh kat mesir. seronok betul mereka bila masuk bab book fair nih. hee..

2.

sejurus mesyuarat selesai, bro tu tanya, 'anti belajar kat darul q---- eh?' i immediately went, 'huh? darul q----?' hairan sangat2 kenapa pertanyaan tu boleh muncul tiba2. sebelum tu, dia tanya aku buat apa kat airport tempoh hari. hantar kawan eh?.. 'adilah eh?.. anti dulu alsagoff? (dalam hati, 'duhhhhh -___-"') i dont mean to mock you bro.. ni sekadar expressi je. betul! harap tak tersinggung ye.

berbalik pada pertanyaan tadi -- kemudiannya dia tujukan pertanyaan cepumas. tak payah lah aku sebutkan apa pertanyaan tu. aku pun, 'huh? -------?' .. ' -nama- pernah kata dia belajar kat darul quran'.. aku membenarkan 'oh, ye, -nama- memang belajar kat sana'. k, meh kita pause kat sini.

bagi aku kan, kalau seseorang tu tiba2 tanya sesuatu, kemungkinan dia sudah tahu jawapannya, tapi bukan 100%. mungkin dia tahu dari orang lain, atau baca kat mana2. jadi, pertanyaan tu kira, nak confirmkan samada betul atau tidak apa yang dia dengar/baca. kadang2, dari cara orang tu tanya, kita boleh tahu yang dia ni betul2 tak tahu atau sebaliknya. i mean, dalam senario kat atas ni, dalam banyak2 benda yang boleh ditanya, kenapa soalan ni pulak yang timbul?

i dont think you read my blog, bro, but if you happen to stumble upon this post: afwan ye, saya tulis entry ni bukan bermaksud nak marah kat awak. bukan, bukan! saya cuma nak kongsi kisah pendek ni je, coz i find it somewhat amusing. (and a bit disturbing lah.. camne boleh agak nih?!).

dipendekkan cerita (yang dah sememangnya pendek), perbualan kami terputus. jadi aku 'terselamat' daripada menjawab pertanyaannya. i didnt, and dont, mean to be rude.. tapi aku tak tahu nak jawab apa. berat sungguh mulut ni. tapi pada masa yang sama, aku tidak mahu berbohong. hmmm...


0 comments: