Terima Kasih, Tuhan..

kerana mempertemukanku dengan mereka

ukhwah ini masih bertahan walau beberapa tahun telah berlalu

Terima Kasih, Tuhan..

kerana mendatangkanku kepada mereka

di waktu aku terkapai-kapai dalam hidup yang seolah-olah tidak bermakna

Terima Kasih, Tuhan..

kerana mengingatkanku

peringatan yang Kau sampaikan melalui mereka

Terima Kasih, Tuhan..

kerana menghadiahkanku teman-teman

ikatan persahabatan yang terjalin ketika sama-sama menghafaz KalamMu

Ya Tuhan,

rahmatilah teman-temanku itu

lindungilah mereka

tanamkanlah dalam hati-hati mereka ketabahan dan kesabaran

jadikanlah mereka wanita-wanita solehah.. anak-anak yang solehah

Ameen..

0 comments: