Tatkala mendengar nama itu diulang lagi, Khazitul Asrar pura-pura menguap, tanda mengantuk kononnya. Hijriah mencebik. Dia faham bahawa Khazinatul Asrar tidak mahu lagi memanjangkan perbualan.
Sebenarnya, kehadiran Ahmad Mukhlisin dalam hidup Khazinatul Asrar menambahkan resah dihati. Khazinatul Asrar bingkas untuk berwudhuk.
Tikar sejadah dihamparkan untuk solat taubat, hajat dan istikhoroh. Itulah rutin wajib hidupnya sebelum tidur. Dia sengaja ingin tidur lebih awal bukan kerana kuliyahnya di awal pagi tapi kerana ingin memperuntukkan ruang waktu yang lebih panjang dalam munajat seorang kekasih pada waktu tengah malamnya.
Dewan kuliah masih lengang dari pelajar. Khazinatul Asrar yang gemar datang awal agak terkejut dengan kelibat Tsabit yang sedang khusyuk membuat revision.
Hari ini, pemuda itu datang lebih awal daripadanya. Kotak memorinya segera mengimbas peristiwa petang semalam. Malunya dia pada diri sendiri apatah lagi pada pemuda itu. Perlahan-lahan dia menyusun langkah sambil memikirkan sesuatu.
“Setiap kesilapan kena minta maaf, takut Allah persoalkan di akhirat nanti,” hatinya berbisik. Dia mula menggagahkan diri untuk berhadapan dengan Tsabit…..langkahnya terhenti berhampiran dengan kerusi Tsabit. Tsabit pura-pura tidak menyedari kehadiran gadis itu.
“Tsabit, saya minta maaf atas kejadian di Cyber Cafe tue. Saya tak patut menuduh awak sembarangan,” buat pertama kalinya Khazinatul Asrar bersuara lembut dengan Tsabit. Matanya tunduk ke lantai. Dia benar-benar rasa bersalah terhadap pemuda itu. Tsabit cuma tersenyum. Teringin saja digunakan peluang itu untuk mengenakan Khazinatul Asrar.
“Kalau awak nak saya maafkan awak, awak mesti tunaikan satu permintaan saya,” balas Tsabit. Khazinatul Asrar tercengang. Namun dibalasnya pula,
“Selagi ianya tak langgar syariat, insyaAllah akan saya tunaikan..”
“Alah, gurau jea…saya tak pernah marah Khazinatul Asrar saya. Lagipun, perkara kecil jea tu. Awak tak perlu minta maaf. Tapi…bolae saya tahu apa sebenarnya yang telah berlaku? semalaman saya asyik fikirkan kata-kata awak di Cyber CafĂ© tue,”
Tsabit tak berani mengenakan Khazinatul Asrar kerana bimbang kemungkinan akan menambahkan kebencian gadis yang penuh hujjah itu. Khazinatul Asrar berasa agak keberatan untuk menceritakan segala-galanya.
“Err..saya rasa ianya hal peribadi. Tak perlulah awak tahu. Cukuplah kalau awak sudi memaafkan saya. Tapi…kasihan awak terpaksa memeningkan kepala berfikir tentang kata-kata saya tue. Cukuplah saya jelaskan bahawa kata-kata tue bukan untuk awak.
Saya dah tersilap orang. Maafkanlah saya yea…”
“Maknanya saya bukanlah perompak, kan?” Tsabit menanti jawapan.
“Emm…bukan awak perompak tue. Awak orang baik..” Khazinatul Asrar tidak menghampakan Tsabit. Senyuman Tsabit semakin melebar dengan jawapan itu.
Matanya asyik menjeling-jeling ke arah kerusi Hijriah yang masih kosong.
“Eh, Hijriah macam tak datang jea hari nie?” Tsabit bertanya. Khazinatul Asrar dapat menduga ada maksud tersirat di sebalaik pertanyaan itu. Mungkin kekosongan itu nak dipenuhinya.
“Hijriah pasti datang…InsyaAllah. Mungkin dia lambat sikit kot,” Khazinatul Asrar membalas pertanyaan itu dengan jawapan yang yakin meskipun dia sebenarnya kurang pasti mungkinkah Hijriah benar-benar akan datang pada hari itu atau tidak. Sengaja untuk membatalkan niat Tsabit yang mungkin ingin duduk di kerusi Hijriah.
Tidak lama kemudian, muncullah Hijriah yang gemar datang lewat ke dewan kuliah.
Wajahnya nampak ceria. Khazinatul Asrar menarik nafas lega.
Selepas tamat kuliah, Khazinatul Asrar dan Hijriah berjalan seiringan.
Mentari memancar terik sekali. Mungkin hari nak hujan. Mereka singgah terlebih dahulu di cafeteria untuk membasahkan tekak yang kehausan. Selang seketika, kedengaran alunan muzik daripada handset Khazinatul Asrar. Tatkala melihatkan angka 017-3410170 terakam di skrin handset, dia segera menekan butang End pada handsetnya dan menekannya untuk kali yang kedua. Irama itu pun senyap.
“Kenapa?” Hijriah menduga.
“Mukhlisin…” jawab Khazinatul Asrar sambil menghirup horlicks sejuk berais yang dah tersedia di atas meja. Hijriah yang memesannya tadi.
“Kenapa tak nak cakap dengan Mukhlisin? Manalah tahu kalau-kalau ada hal mustahak yang dia nak sampaikan…” Hijriah masih menduga.
“Saya tak kenal pun dia…Jadi, InsyaAllah dia tak ada perkara penting yang nak disampaikan,” bersahaja jawapannya.
“Awak marahkan dia kot…” Hijriah ingin tahu.
“Marah? Untuk apa?” Khazinatul Asrar mengkeriukkan dahinya.
“Pasal nota-nota tue,” duga Hijriah.
“Hijriah….saya dah jelaskan bahawa saya tak kenal pun dia dan….dan saya tak mahu kenal dia!” Khazinatul Asrar masih bersahaja.
“Asrar, walauapapun…awak patut menghormati perasaannya terhadap awak. Tak patut awak buat begini. Saya dapat bayangkan betapa kecewanya dia bila awak tutup handset awak tue.” Hijriah nampaknya agak kesal. Khazinatul Asrar pula seakan-akan lebih berminat menghirup horlicknya daripada mendengar soal Mukhlisin.
“Mawar memang berpagarkan duri untuk melindungi keindahannya. Tapi, awak tak boleh menolak hakikat bahawa keindahan itu bukankah untuk dihadiahkan kepada kumbang terpilih yang telah Allah janjikan untuk si mawar?” petah Hijriah berhujah.
Dia semakin matang menghargai keindahan wanita.
“Tapi…Mukhlisin bukanlah kumbang pilihan tue!” lembut sahaja Khazinatul Asrar menutur kata.
“Itu andaian awak! Siapa yang dapat menghalang kuasa Allah? Asrar, awk bercakap seolah-olah awak dah dimiliki seseorang! Awak sendiri kan tahu bahawa menerima lelaki adalah fitrah hidup kita. Bukankah awak pernah kata kat saya bahawa bercinta tue tak salah. Cuma, memuja cinta itu yang salah. Jadi, apa salahnya kalau awak cuba kenal cinta Mukhlisin? Siapa tahu nama itu yang tertulis di Loh Mahfuz untuk awak,”
Hijriah semakin petah berhujah menyebabkan Khazinatul Asrar tersenyum.
“Hijriah…sebenarnya saya tidak mahu menghampiri perkara-perkara yang boleh menyebabkan saya mencintai lelaki di saat ini. Perasaan itu terlalu mahal harganya bagi saya dan ia tidak boleh dicemari oleh lelaki lain selain dari lelaki yang dijanjikan Allah buat saya….kiranya ada,” Khazinatul Asrar masih bernada lunak dan lembut.
“Lagipun wanitalah yang menjadi pelemah iman lelaki dan kerana wanita ramai lelaki yang menjadi lalai dan tergelincir dari prinsip perjuangannya sendiri.
Saya tidak mahu menjadi wanita akhir zaman yang seringkali Rasulullah gusarkan yang mana menjadi fitnah kepada lelaki. Ingin sekali saya mentarbiyyahkan diri ini agar menjadi seorang wanita yang biasa mengetuk pintu kelalaian lelaki daripada terpesona dengan fitnah wanita. Jadi, dengan menutup ruang perkenalan antara saya dengan Mukhlisin, InsyaAllah serba sedikit terlaksana amanah saya kepada Allah S.W.T untuk menjadi wanita akhir zaman yang tidak menyumbang kepada kelalaian lelaki. Moga-moga ianya boleh mendidik Mukhlisin menjadi insan yang lebih matang dalam menilai harga seorang wanita dan mengenal cinta Allah,” jelas Khazinatul Asrar.
Hijriah tidak menunjukkan reaksi apa-apa. Tapi dia masih ingin mempertahankan sesuatu.
“Asrar…memang saya akui itu semua. Rasulullah memang ada bersabda:
Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku kepada kaum lelaki selain daripada fitnah wanita. Tapi, Rasulullah juga ada bersabda:
Wanita solehah itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.
Mungkin itulah yang cuba Mukhlisin dambakan dalam hidupnya. Masakan tidak, bukan senang nak mencari seorang wanita solehah yang boleh beristiqomah dengan jubah dan tudung labuh di akhir zaman ni. Saya sendiri masih keberatan nak memilih pakaian sunnah ni sebagai identiti hidup. Mungkin Allah masih tak gerakkan hati saya lagi. Benda yang susah nak dapat nilah, ramai yang berkenan. Jadi, Mukhlisin tak bersalah jika dia cintakan awak. Asrar, tak kenal maka tak cinta!”
“Hijriah…saya bukan tak mahu memberi ruang perkenalan langsung kepadanya. Tapi, dalam konteks sedang belajar apatah lagi di tahun akhir seperti sekarang ini, saya perlukan lebih tumpuan kepada study. Saya mengharapkan agar hati saya bersih supaya ilmu senang nak tembus ke hati dan mendapat pertolongan Allah. Saya rasa percintaan tak sesuai pada saat begini kerana boleh menjerumus kepada kelalaian semata-mata. Terbuka ruang pula kepada syaitan jika tidak dikekang dengan kekentalan iman dan mujahadah. Sekalipun Mukhlisin itu memang dijadikan untuk saya, saya tetap tidak mahu mengenalinya lagi untuk situasi ini..biarlah saya graduate dulu..sebab itu adalah amanah keluarga yang perlu saya utamakan. Utamakan cita-cita sebelum cinta!” tegas Khazinatul Asrar.
“Awak langsung tidak mahu memberi peluang kepada Mukhlisin. Itu sebabnya awak memberi alasan begini. Betul tak?” dengus Hijriah.
“Hijriah,…saya tak bermaksud begitu,” bela Khazinatul Asrar pada dirinya sendiri.
“Tapi saya tak faham dengan prinsip awak! Bagaimana mungkin awak boleh menjadi isteri Mukhlisin kalau awak tak mengenalinya. Itu mustahil. Awak harus kenal dulu hati budinya supaya cinta boleh berputik,” Hijriah mencetuskan pendapatnya lagi.
“Maksud awak?” Khazinatul Asrar pula yang keliru dengan pendapat Hijriah yang sebenarnya.
“Kenali Mukhlisin kemudian bercintalah…tapi jangan memuja cinta hingga terbawa-bawa dalam solat. Cinta kerana Allah!” jawab Hijriah.
“Hijriah…memang setiap ikatan ada permulaannya…”
“So, tindakan awak ni salah!” dihentamnya Khazinatul Asrar.
“Nanti..tak habis cakap lagi ni! Setiap pertemuan sudah menjadi perancangan Allah untuk mengaturnya sehingga saling mengenali dan saling menyayangi. Tapi sayang, manusia sering lupa pada Allah. Apabila Allah telah pertemukan seseorang yang menambat hatinya, dia lupa untuk mensyukuri nikmat Allah dan pasrahkan harapan pada Allah. Dia terburu-buru cuba memenangi hati si dia biarpun banyak masa terpaksa dibazirkan. Hatinya diselubungi khayalan dari nama Ar-Rahman. Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah. Itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya. Tidak malukah seseorang yang mengaku cintanya kerana Allah sedangkan jalannya tidak syaro’, bukan di atas landasan Allah. Penuh khayalan dan kelalaian daripada mengingati Allah! Inikah balasan kita pada Allah terhadap pertemuan yang telah dirancang oleh-Nya. Padahal Dialah mengatur pertemuan melalui apa saja cara. Kalau kita mensyukuri Allah kerana mengenalkan kita dengan insan seistimewa si dia, kita tak patut mengetepikan Allah dalam setiap tindakan kita agar cinta kita dikawal oleh syaro’ . Ini tidak…nak bergurau senda, nak dating, nak dengar suara selalu, nak sms selalu, nak tengok kelibatnya selalu…hinggakan kalau boleh tengok atap kolejnya saja, itupun dah mengubat rindu. Semua ni khayalan.
Selagi tiada ikatan yang sah, tiada jaminan bahawa si dia yang selalu digilakan itu akan menjadi teman hidup. Kalau reality ini berlaku, bukankah sia-sianya masa yang diperuntukkan untuk merinduinya sedangkan akhirnya orang lain yang menjadi suami.
Sepatutnya, agungkanlah Allah kerana sudi menemukan kita dengannya dan pasrahkan sepenuh harapan pada-Nya,” Khazinatul Asrar merungkai simpulan persoalan.
“Okey, sekarang ni Allah dah temukan Mukhlisin seorang gadis bernama Khazinatul Asrar kerana dia yakin gadis itu adalah sebaik-baik pilihan untuknya. Si gadis itu pula tak nak mengenalinya sedangkan dia masih tak tahu betapa istimewanya pemuda itu.
Bagaimana saling bercinta kerana Allah akan bermula dalam situasi ini? Entah-entah selamanya si pemuda tu bertepuk sebelah tangan jea,” Hijriah masih keliru.
“Situasi inilah yang menguji sejauh mana kita yakin dengan perancangan Allah. Dan menguji adakah kita masih mempunyai krisis keyakinan pada Allah. Dalam konteks sekarang, biarlah saya menilai cinta Mukhlisin yang sebenar. Kalau benar-benar dia cintakan saya kerana Allah, bukan dengan cara nak mendekati saya selalu dan asyik merindui saya. Itu memang fitrah yang harus diiringi mujahadah. Sepatutnya, dia mendahulukan ummi dan abah saya untuk membuktikan betapa seriusnya dia. Kalau cara ini dianggap susah, tidak salah untuk dia berterus-terang pada saya sendiri tapi biarlah dengan tujuan agar saya sekadar tahu hasrat hatinya bukannya bertujuan agar dapat dapat menghubungi dan berjumpa dengan saya selalu. Itu tidak syaro’! dia harus menganggap perasaan cintanya itu hanya sebahagian kecil daripada kehidupannya kerana masih banyak perkara lain yang perlu diutamakan sebagai seorang pelajar. Lagipun, tak confirm lagi bahawa perasaan itu akan direstui oleh Allah atau tidak kerana mungkin Allah menjanjikan orang yang lebih baik lagi untuknya. Takutlah untuk terlalu sayang pada seseorang kerana mungkin dia akan menjadi orang yang paling dibenci. So, selepas berterus terang, yakinlah dengan kebijaksanaan perancangan Allah. Tutuplah segala pintu yang boleh menjauhkan diri dari mempunyai hubungan dengan Allah. Bila dah benar-benar rasa bersedia, terutamanya bila dah ada ilmu dan pendapatan untuk tanggung sebuah keluarga, tak perlu tunggu lama-lama. Kalau dah jodoh takkan ke mana. Yakinlah pada Allah dan pasrah pada qodo’ dan qodar-Nya. Allah Maha halus perancangan-Nya,” Khazinatul Asrar mengambil nafas.
“Tapi, kalau buat macam tu pun tak dapat jugak?” Hijriah masih mempersoalkannya.
“Kerana memang itulah ketentuan Allah! Manusia hanya mampu merancang, Allah jua merancang serta menentukan dan perancangan-Nya jauh lebih baik.
Redholah dengan qodo’ dan qodar. Mungkin Allah ingin jodohkan dengan orang yang lebih sepadan dengannya dari pelbagai segi seperti perangai yang sama, citarasa yang sama atau sebagainya. Dia lebih mengetahui. Yang penting, kita sentiasa
utamakan keredhaan Allah dalam setiap tindakan. Cinta Allah takkan mengecewakan.
Bila kita utamakan Allah dalam hidup kita, insyaAllah Allah akan utamakan kita pula untuk menjodohkan kita dengan seseorang yang turut mencintai-Nya,” Khazinatul Asrar berharap agar Hijriah akan faham.
“Tapi, kesianlah Mukhlisin kalau tak dapat memiliki awak. Saya pun akan kecewa kerana saya memang berharap awak akan menjadi isteri Mukhlisin agar bolehlah saya tinggal berjiran dengan awak sepanjang hidup saya,” luah Hijriah akhirnya.
“Hijriah…” belumpun sempat Khazinatul Asrar meneruskan kata-kata, Hijriah mencelah mengajaknya pulang. Malas dipanjang-panjangkan lagi perbualan. Khazinatul Asrar menggeleng-gelengkan kepalanya. Barulah dia faham kenapa sebenarnya
Hijriah beria-ia benar mendesaknya mengenali Mukhlisin. Kasih seorang sahabat.
**********************************************
Hari hujung minggu itu, Khazinatul Asrar ingin berehat-rehat sahaja di biliknya. Puas Hijriah mengajaknya bersiar-siar di sekitar ibukota tetapi ditolaknya.
Persembahan anjing laut dan burung kakak tua di Zoo Negara memang merehatkan fikiran dan aktiviti yang menarik untuk dikunjungi. Itu juga tidak menarik hati Khazinatul Asrar. Letih…itulah alasannya. Hijriah tidak berkecil hati kerana dia faham dengan kesibukan Khazinatul Asrar dalam hari-hari yang dilewatinya. Biarlah kalau dia ingin berehat. Lagipun Humaira’ dan Fadhila yang pantang diajak berjalan tu dah pun bersedia menemaninya, teman sekuliyah yang sangat memahami hobi Hijriah.
Tidaklah Hijriah keseorangan tiap kali hobinya mendesak untuk bersiar-siar.
Ketenangan pagi itu diisi oleh Khazinatul Asrar dengan melewati e-mailnya.
Komputer peribadi berinternet itu memang teman tiap kali kelapangan.
Khazinatul Asrar agak berdebar-debar apabila alamat terbaru yang tertera di skrin komputernya ialah…
:-For Syauqah-wardah@hotmail.com
:-From Mukhlisin@hotmail.com
tetikus digerakkan perlahan-lahan untuk meneruskan bacaan di skrin komputer.
Mouse pointer terus mengarahkan helaian diangkat lagi. Ada garis debaran dan persoalan di wajahnya.
Khazinatul Asrar{Khazanah segala kerahsiaan}.
Indah namamu seindah dirimu!
Kau memang menyimpan kerahsiaan…rahsia sekeping hati yang takut pada Ilahi. Di sebalik tabir dirimu, rahsia itu terus tersembunyi agung. Lantaran rahsia keindahan yang cuba kau pertahankan itu membuatkan aku rasa tercabar untuk memilikimu.
Siapa yang tidak sukakan keindahan yang terpelihara?
Jikalau kau diciptakan sebagai sebutir mutiara. Kau adalah mutiara yang bersinar gemilang jauh di dasar lautan. Bukanlah mutiara yang terdedah menjadi perhatian umum. Jatuh nilainya.
Jikalau kau diciptakan sebagai sekuntum bunga. Sudah tentu kau adalah bunga mawar yang mempunyai syauqah (duri). Dari kejauhan sudah bersinar gemerlap keindahan bersama gemersik aroma yang harum mewangi. Sentiasa menjadi angan-angan setiap kumbang meskipun gentar dan sukar untuk didekati.
Khazinatul Asrar, kaulah wanita pertama yang bertakhta di hatiku ini. Insan yang menjadi idaman untuk menjadi teman hidupku semulia Khadijah, lambang sebuah kecintaan. Kau ibarat mawar yang sedang mekar di Taman Islam. izinkan aku menyunting dirimu kerana mengharapkan keredhaan Allah.
Aku diciptakan untuk menjadi seorang doktor yang merawat fizikal manusia.
Oleh itu, ingin sekali untukku memiliki seorang permaisuri yang juga seorang doctor…doctor yang merawat keperibadian insan.
Khazinatul Asrar…sudilah kiranya kau menerimaku untuk menjadi teman hidupmu dalam meredah musafir hidup yang masih panjang menuju negeri yang abadi.
Di situlah destinasi cintaku yang pasti. Aku melamarmu…
Pemuda ikhlas,
MUKHLISIN
((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))
Bintik-bintik peluh mula bertamu di dahi. Keresahan mula melingkar di tangkai naluri.
Pantas tangannya melarikan tetikus supaya mouse pointer segera mencari ruangan shut down. Kegelisahan yang berpintal menjemputnya sembahyang sunat dhuha lebih awal. Dia mendamba petunjuk dan kekuatan daripada Allah S.W.T.
Jiwanya semakin resah dan membengkak apabila terbayang wajah dua insan tercinta yang terlalu berharap agar dia dijodohkan dengan Asyraf. Keluarganya dan keluarga Asyraf terlalu akrab bagaikan saudara. Jurutera komputer lulusan United Kingdom itu memang terlalu disayangi oleh ayahbonda Khazinatul Asrar.
Walaupun Asyraf sudahpun dianggap bagaikan abang kandung sendiri, namun tergamakkah nanti untuknya mengecewakan hasrat ibubapa Asyraf, lebih-lebih lagi ayahbondanya sendiri sudah pun merestui Asyraf. Yang pasti, Asyraf tiada di hatinya.
“Oh Tuhan, jangan biarkan keadaan mendesakku untuk menggugat kesetiaan cintaku yang didasari cinta-Mu,” rintih Khazinatul Asrar dengan rintihan yang tersirat dengan kerahsiaan. Cintanya seakan-akan milik seseorang.
Tok,Tok,Tok! “…”
Munajatnya pada Allah S.W.T terganggu dengan kehadiran seseorang. Baju sembahyang dipecat dari tubuhnya sambil mempersilakan masuk. Pintu biliknya terkuak perlahan. Tercegat Syaqiera di muka pintu sambil tangannya disembunyikan
di belakang. Siswi tahun dua Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat itu memang suka berkeadaan begitu.
“Kak Asrar, ada sorang abang tue suruh saya bagi sesuatu pada akak…” sambil tangannya diubah ke depan. Sejambak mawar merah yang sedang mekar dan masih segar dengan batangnya hijau berduri diserahkan kepada Khazinatul Asrar. Cantik menawan.
“Ehem…ehem…” Syaqiera mengusik sambil cepat-cepat berlalu di saat Khazinatul Asrar baru sahaja nak mengucapkan terima kasih kepada adik usrahnya itu. Tak sempat. Sekeping nota kecil berbentuk love yang diikat dengan reben merah jambu terselit di celah jambangan itu. Kencang degupan jantung Khazinatul Asrar untuk mengetahui pengirimnya nemun digagahikan jua jari-jemarinya membelek nota kecil itu.
BismillahirRahmanir Rahim.
&&&
Khazinatul Asrar, aku ingin kau tahu bahawa aku benar-benar tertawan hati pada dirimu kerana Allah S.W.T…
Tsabit El-Hussainie Ibni El-Mubarakie.
&&&
Belum pun terubat resah hatinya dengan kehadiran e-mail Mukhlisin.
Keresahan baru pula yang bertandang. Hatinya bertambah-tambah resah. Kenapakah Khazinatul Asrar perlu resah begitu???
Jambangan itu disembunyikan sahaja di dalam almarinya. Dia dapat menafsirkan betapa remuknya hati Hijriah kalau dia tahu anak Duta Libya yang menjadi pujaan hatinya selepas Mukhlisin rupa-rupanya menaruh hati kepada temannya sendiri.
Hijriah tentu sekali sukar menelan hakikat yang sama. Apatah lagi, layanan baik Tsabit selama ini memang mengharuskan Hijriah membina impian kasih terhadapnya.
Tidak disedari, manik-manik jernih membasahi pipinya. Mungkin Kau ingin mengujiku dengan dugaan ini…
Diambilnya al-Quran tafsir Arabic, pemberian seseorang dari sisi bantalnya.
Telah dua tahun lamanya al-Quran itu menjadi miliknya. Di balik zip al-Quran itu tersimpan sehelai lipatan kertas berwarna hijau pucuk pisang. Telah dua tahun lamanya juga helaian itu tersimpan di situ tanpa diusik. Hatinya tergerak untuk menatapi lagi helaian itu setelah sekian lama menjadi khazanah. Helaian itu bagaikan meminta-minta agar ia dibuka.
…
Ukhti fi al-Islam,
Ana doakan agar helaian ini jauh dari fitnah syaitan laknatullah apatah lagi dari murka Allah S.W.T. Walaupun terlalu berat rasa hati untuk menulis surat ini namun ana yakin bahawa ana telah digagahi oleh Allah S.W.T jua untuk melakukannya setelah ana istikharah beberapa kali. (Astaghfirullah…moga ianya bukan riya’ )
Ana tidak berniat memanjangkan kalam, biarlah ana terus focus pada apa yang nak ana sampaikan..
Ukhti,
Ana tidak mampu lagi menanggung resah di hati setelah mengenali keperibadian, agama dan perjuangan ukhti yang memang menepati ciri-ciri wanita idaman setiap mujahidin. Kenapakah terlalu awal perasaan ini hadir dalam hidup ana? Ana takut perasaan ini membuka lembaran baru bagi syaitan untuk melalaikan perjuangan ana dan menjarakkan ana dari mengingati Ar-Rahman. Lantaran itu, ana cuba untuk melupakan perasaan ini buat sementara waktu tapi hati ana terus dirasuk kebimbangan bahawa jika ana tidak berterus-terang, ana akan kecewa nanti. Ana akur bahawa ana tewas pada perasaan sendiri. Akhirnya, ana hadirkan jua surat ini supaya ukhti tahu bahawa setelah habis belajar nanti, ana menanti ukhti untuk dijadikan pembantu perjuangan di sayap kiri. Cukuplah sekadar ukhti tahu.
Ukhti,
Ana harap ukhti takkan membalas surat ini kerana bimbang ianya akan menambahkan noda hitam di hati ana lantaran teringatkan ukhti. Allah lebih berhak untuk kita ingati di usia ini. Perasaan ana terhadap ukhti pun anugerah dari Allah S.W.T jua.
Jesteru, wajarlah ana memelihara batasan yang Dia gariskan. Doakan agar ana tidak meletakkan cinta ana kepada ukhti mengatasi cinta kepada-Nya. Dan ana nasihatkan kepada ukhti sendiri tidak perlu terlalu memikirkan hal ini. Masih banyak perkara lain lagi yang perlu ukhti fikirkan terutamanya amanah kita sebagai penerus manhaj tarbiyyah di bumi UKM ini.
Ukhti,
Ana harap ukhti jelas bahawa kehadiran surat ana ini sekadar untuk memberitahu hasrat ana terhadap ukhti selepas habis belajar nanti. Ana tetap berpegang pada prisip bahawa perasaan cinta terhadap seseorang tetap tak menghalalkan ana untuk mengetepikan Allah S.W.T dalam setiap tindakan sepanjang tempoh belajar ini. Ana juga langsung tak berniat untuk memaksa ukhti menerima ana. Terserahlah kepada ukhti sendiri…Kalaulah ukhti memang diciptakan untuk ana, ana serahkan ukhti dalam jagaan Allah S.W.T. moga Allah jua yang akan mempermudahkan jodoh pertemuan dengan ukhti nanti. Walaubagaimanapun, put your trust in Allah. Ana redha pada ketetapan Allah yang bakal kita hadapi…Dialah sebaik-baik Perancang!
Pengemis cinta Ilahi…
“Ya Allah…aku tak pasti samada Kau benar-benar meredhai cintaku pada-Mu ataupun tidak dengan mendatangkan ujian demi ujian cinta silih berganti. Aku sedih dengan suasana hatiku yang sering berbolak-balik dan kadang-kadang hampir ditewasi cinta lelaki. Jahatnya hati sebegini! Ya Allah, andai hati yang ada ini jauh dari-Mu, maka tukarkanlah hati ini dengan hati yang mencintai-Mu. Aku tidak sanggup hidup tanpa cinta-Mu…” Khazinatul Asrar bermunajat pilu. Teringat pula pada madah Abdul Ghani, penyair sufi yang fasih di lidahnya.
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.
Irama handset menyentak lamunannya. Ada message dari Faranaqwiah, salah seorang perwakilan pelajar sepertinya.
&&Usrah pimpinan PMUKM, 5.30 ptg ini.&&
-Faranaqwiah-
“InsyaAllah, saya akan datang!” bisik hati Khazinatul Asrar. Dia membuka almarinya untuk mencari fail Timbalan Exco Perhubungan Luar yang dipegangnya. Ada urusan yang perlu dirujuknya. Serentak dengan itu jambangan mawar berduri pemberian Tsabit yang mengharumkan almari menarik perhatiannya.
“Kalaulah kau untuk Hijriah, tentu tika ini kau makin mekar di dalam pasu.”
Khazinatul Asrar berbicara dengan jambangan mawar. Sedih melihatkan ia mungkin layu tersorok di situ. Punggungnya mula dilabuhkan di tempat study Hijriah. Sebuah frame di situ begitu berseri menghiasi meja. Gambar menterjemahkan bagaimana
akrabnya Hijriah dan dirinya sama-sama riang mengukir kenangan di Taman Sri Teruntung.
Sepasang anak monyet yang comel juga turut berkongsi keceriaan mereka di dalam gambar itu. Khazinatul Asrar tiba-tiba tertawa sendiri apabila mengimbas kembali kenangan manis di pusat rekreasi yang masyhur di Kuantan itu.
Masih segar lagi diingatannya bagaimana Hijriah hampir menangis apabila anak monyet comel dan jinak yang didukungnya tiba-tiba sahaja melarikan handbeg dan dibawa ke atas pokok. Keadaan semakin cemas apabila si monyet itu mula bertindak menyelongkar handbeg nun jauh di puncak dahan. Mereka berdua bimbang takut-takut ada dokumen-dokumen penting yang dikoyaknya. Pantas mereka berdua mendapatkan penguasa yang bertugas. Apabila anak monyet itu melihat seorang penguasa mengacukan kayu ke arahnya sebagai amaran, segera dicampaknya handbeg Hijriah ke bawah. Namun ia sempat juga mengambil bedak compack di dalam handbeg itu. Kemudian, telatahnya yang mula membedakkan mukanya dengan bedak compack itu menarik perhatian pengunjung-pengunjung lain. Ianya sungguh menggelikan hati sehingga kebimbangan mereka berdua menjadi bahan ketawa seterusnya mencipta kenangan indah.
“Aku sayangkan engkau Hijriah,” hatinya merintih sayu.
Buku-buku Hijriah yang tersusun rapi di atas meja pula yang direnungi. Khazinatul Asrar tertarik pada sebuah buku nota berwarna purple susu, pada covernya dilekatkan dengan gambarnya. Dia tersenyum dan merasa terpanggil untuk membelek buku itu. Rupanya bingkisan hati yang mengisi ruangan.
**Tsabit…indahnya hidupku andai akulah teman dan ratu dalam mahligaimu. Aku ingin mencari teduhan syurga di bawah tapak kaki seorang suami sepertimu.
Di saat ini biarlah aku simpan sahaja perasaan ini. Cinta yang lahir di hatiku, anugerah Allah S.W.T ini akan ku pelihara agar tidak dicemari dengan kelalaian dan bisikan syaitan. Tidak perlu untukku terlalu memuja cintaku ini kerana ku sedar bahawa Penciptamu lebih berhak untuk ku cintai. Aku mempunyai impian untuk menjadi seorang isteri yang bisa menyemarakkan rasa kecintaan kita pada Islam dan perjuangan. Itulah hakikat cinta yang ku pelajari dari Khazinatul Asrar, sahabatku.
**Asrar…kaulah teman yang tak mungkin ada pengganti. Terima kasih kerana banyak memimpin hidupku dari derasnya arus keduniaan yang melingkari hidupku sebagai anak kota. Kau jugalah yang mengajar aku tentang hakikat cinta. Cinta bukanlah alasan untuk menurutkan nafsu bermesra dan berfoya-foya tanpa perbatasan syariat. Cinta sejati adalah cinta yang tak dicemari kemurkaan Allah dan terpelihara kesuciannya hingga syariat menghalalkan.
Cinta itulah yang akan aku hadiahkan kepada insan bernama Tsabit El-Hussainie Ibni El-Mubarakie…
Buku itu ditutup rapat. Khazinatul Asrar tidak sanggup menghabiskannya hingga ke noktah terakhir. Dia terharu dengan pendirian Hijriah tentang cinta yang selama ini sering didamba-damba olehnya. Patutlah sejak kebelakangan ini dia kelihatan banyak berfikir dan kurang bertanya pasal Tsabit. Rupa-rupanya, jauh di sudut hatinya tersimpan satu azam cinta yang kudus, mengharap cinta yang diredhai-Nya.
“Moga Allah merestui impianmu…” hatinya berbisik penuh pengharapan.
Tik…tik..!” handsetnya memberi petanda bahawa satu message diterima. Khazinatul Asrar yang sedang mengenakan tudung, pantas mencapainya.
“Asrar, ana tunggu enti kat lobi nie..cepat sikit yea!”
-Farahnaqwiah-
Khazinatul Asrar bergegas turun ke lobi. Beberapa buah fail didakapnya. Langkahnya kali ini nampak longlai dan lemah. Setibanya di lobi, dia memberi salam kepada Faranaqwiah sambil berjabat tangan.
“Eh, Asrar..panasnya tangan! MasyaAllah, pucatnya bibir enti! Wajah pun macam orang tak bermaya. Enti sakit ke?” Faranaqwiah terperasan perubahan pada wajah Khazinatul Asrar yang tidak seceria selalu.
“Alahamdulillah, ana sihat jea. Cuma suhu badan tiba-tiba naik sikit. .InsyaAllah, demam ni tak lama…” Khazinatul Asrar cuba menghilangkan kebimbangan Faranaqwiah. Namun, Faranaqwiah tidak berpuas dengan jawapan itu. Dijamahnya dahi Khazinatul Asrar sambil berkata,
“MasyaAllah,demam panas ni! Jomlah ke klinik dulu..”
“Alah, sikit jea! InsyaAllah ana boleh bertahan lagi. Ana tak mahu kita lewat ke usrah pimpinan…dari segi fiqh aulawiyyat, mana yang patut kita utamakan?” tolak Khazinatul Asrar. Dia memang tak suka memanjakan sangat dirinya apabila sakit.
“Ana tak kira, ana tetap nak bawa enti ke klinik dulu! Panas sangat suhu enti ni, Asra..bukan biasa-biasa!” tegas Faranaqwiah. Khazinatul Asrar akhirnya terpaksa akur dengan saranan itu.
Sementara itu di salah sebuah dewan kuliah, barisan pemimpin muslimat sudah sedia dalam soffnya. Seketika kemudian, soff pimpinan muslimin pula dipenuhi.
Presiden Pelajar PMUKM, al-akh Mustaqhim Al-Qordrowi bin Tay Leong Muhammad kelihatan begitu segak dan berwibawa melangkah ke hadapan. Kepimpinannya memang cukup disegani. Usrah yang dikendalikannya diakui sangat terkesan di hati, menambahkan keimanan, menaikkan semangat juang dan menyedarkan dari kealpaan.
Dia bercakap dari hati, bisa menembusi tiap hati yang mendengarnya.
Selepas 15 minit berlalu, urusan mengambil ubat selesai.
“Asrar, enti baliklah berehat. Kan doktor dah cakap tadi, enti perlu banyakkan rehat…badan enti tu dah terlalu letih,” pujuk Faranaqwiah.
“Tak apalah Fara, ujian sikit jea Allah bagi nie! InsyaAllah sebagai pengkifarah dosa.
Orang mengaku pejuang tak boleh memanjakan sangat dirinya. Rasulullah lagi teruk diuji dengan peperangan…Takkan demam sikit ni pun nak dijadikan alasan untuk tinggalkan usrah tu.. rugilah ana nanti..” Khazinatul Asrar tidak mahu mengalah. Kali ini, Faranaqwiah pula terpaksa akur pada kemahuan Khazinatul Asrar setelah puas dipujuknya agar pulang berehat. Dia memahami semangat cintakan ilmu yang Khazinatul Asrar miliki.
Setibanya di dewan kuliah, seangkatan pimpinan usrah sudah pun bersiap sedia dalam soff mereka. mantap. Presidennya sedang lantang berucap di hadapan.
Khazinatul Asrar dan faranaqwiah menggagahkan jua untuk menyertai mereka walaupun terpaksa bertebal muka kerana datang lambat. Sebaik sahaja ketibaan mereka dalam saff itu, al-akh presiden berhenti berucap secara tiba-tiba. Mereka berdua berasa serba salah kerana telah mengganggu kelancaran majlis.
“Sekali lagi ana nak memberi peringatan bahawa orang yang memikul amanah membawa risalah dakwah sepatutnya menjaga peribadi diri dari semua segi untuk dijadikan qudwah hasanah. Terutamanya dari segi ketepatan masa. Masa dalam hidup
pejuang lebih sedikit daripada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Allah S.W.T sendiri memberi peringatan tentang masa dalam al-Quran. Sepatutnya, ana tak perlu lagi mengulangi peringatan ini kepada orang yang bergelar pemimpin kerana dia sepatutnya lebih bijak memimpin masa sendiri..” sinis dan tegas Mustaqhim Al- Qordhowi menegur kelewatan Khazinatul Asrar dan Faranaqwiah. Ketegasan memang sudah sebati dalam peribadi Presiden itu apabila berhadapan dengan kesilapan.
“Maafkan ana..mungkin enti berdua masyaqqoh. Boleh bagi alasan?” Mustaqhim Al-Qordhowi bersuara lagi. Kali ini lebih berdiplomasi. Sebagai presiden, dia memang bertanggungjawab memastikan kualiti disiplin setiap pimpinan pelajar yang membawa imej Islam di mata UKM.
“er..tadi..” Faranaqwiah cuba menjelaskan tetapi dipotong oleh Khazinatul Asrar.
“Ana yang menyebabkan Faranaqwiah lambat! Ana minta maaf atas kelewatan ini dan bersedia menerima mua’qobah. Teruskanlah majlis untuk menghormati masa…” pinta Khazinatul Asrar. Dia tidak mahu demamnya diheboh-hebohkan kerana mungkin akan merisaukan teman-teman seperjuangan yang lain.
“Nampaknya enti berdua tiada alasan..ana taklifkan istighfar 1000 kali setiap hari selama seminggu. Amanahlah pada diri sendiri kerana Allah Maha Mengetahui,” tegas presiden itu dengan nada serius. Khazinatul Asrar dan Faranaqwiah akur dengan taklifan itu tanpa sebarang rungutan. Bagi mereka, mungkin itu hanyalah sebagai asbab dari Allah S.W.T untuk mendidik mereka memperbanyakkan istighfar.. berbaik sangka dengan Allah.
….dakwah adalah penerusan dan kesinambungan misi dan visi abadi daripada Allah S.W.T untuk kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat. Mempertikaikan mesej dakwah dengan berselindung di sebalik perbezaan persatuan dan kesibukan
belajar bererti meneruskan sikap anarkis terhadap hidayah dan kebenaran. Sebagai mahasiswa apatah lagi sebagai wakil pelajar dalam PMUKM, kita perlu lebih berani dalam menyatakan pendirian menegakkan al-haq. Perlu sentiasa diingat, kekentalan dalaman akan melahirkan keberanian. Solat tahajjud dan al-Quran jangan sesekali dianggap asing dalam kehidupan seharian. Pada dua senjata pejuang ini tersirat rahmat dan kasih sayang yang agung dari Allah S.W.T.
Ingatlah tanpa iman, ilmu, amal, istiqomah dan mujahadah perjuangan yang kita laung-laungkan sebenarnya tiada wawasan dan arah. Tanpa rasa cinta pada ukhuwwah dan jemaah usah namakan diri sebagai penyokong dan pendokong wehdah.
Persefahaman dan kesatuan adalah sangat penting untuk mewujudkan jemaah yang quwwah. Pengorbanan adalah lumrah. Jalan dakwah yang kita pilih ini tidak pernah menjanjikan hamparan permaidani merah malah penuh ranjau dan duri kerana ketahuilah jalan menuju ke neraka itu indah dan mengasyikkan sebaliknya jalan menuju ke syurga adalah menyakitkan. Selagi Allah adalah matlamat utama hidup kita dan selagi tiap tingkahlaku kita berteraskan fardi Muslim, selagi itilah kita masih di jalan yang benar ini. Wawasan kita adalah jelas dan pasti bukannya setakat wawasan 2020 tetapi wawasan kita nun lebih jauh ke hadapan mengejar wawasan akhirat yang kekal abadi…………………”
Laungan takbir oleh soff pimpinan Muslimin mengiringi noktah akhir ucapan Presiden PMUKM. Kalimah agung itu begitu gah bergema menggegarkan dewan. Usrah itu berakhir pada pukul 6.35 petang. Selepas mengemas buku catitannya, Khazinatul Asrar berjalan seiringan dengan Faranaqwiah menuju ke kamsis masing-masing. Kali ini langkahnya lebih bersemangat berbanding sebelumnya walaupun suhu badannya masih di takuk lama, semangat Islam yang bersemarak di dalam dada mujahidah.
“Saudari!”
satu sapaan kuat membuatkan Khazinatul Asrar dan Faranaqwiah berpaling serentak ke belakang. Sebuah kereta Perdana sedang berhenti beberapa meter dari mereka. kelihatan di dalamnya seorang lelaki yang berpakaian kemas sedang tersenyum. Orangnya nampak bergaya. Hebat. Macho.
“Siapa tu?” Khazinatul Asrar bertanya Faranaqwiah.
Faranaqwiah mengangkat bahu sebagai isyarat tidak tahu. Kereta itu terus bergerak semakin mendekati mereka. lelaki itu memberi salam dengan sopan. Salamnya dijawab perlahan.
“Encik ni nak jumpa siswi kat sini ke?” Faranaqwiah memberanikan diri untuk menduga. Lelaki itu hanya menjawab dengan seulas senyuman kepada Faranaqwiah.
Dia pula yang mula bertanya.
“Saudari nie, Khazinatul Asrar kan?” telunjuknya menghala ke arah Khazinatul Asrar.
“Ya, saya!” spontan Khazinatul Asrar menjawab.
..BERSAMBUNG..
0 comments:
Post a Comment